Aku rasa aku dah kat sarawak ni hampir 2 bulan kot . Tak bosan pun duduk kat sini tapi rasa rindu yang amat dekat orang-orang kat sana :'( Aku sendiri tak tahu bila aku nak balik . Result SPM nak keluar pun aku tak balik lagi . Dayyuumm bapak sedih laa sial :( Sampaikan Azri , Atika cakap nak belikan aku tiket suruh aku balik . Sumpah aku nak balik Shah Alam ! Tapi ayah macam taknak bagi balik jee hm . Susah kan ? So nak taknak just tunggu jela sampai aku balik sana .
Oh yaa cakap pasal result SPM dorang cakap keluar 14 Mac . OMG sumpah rasa cuak , takut nak mati . Tak tahu laa macam mana keputusannya . Entah okay ke tak . Harap-harap okay laa kan . hm . Aku taknak hampakan family aku . Lagi-lagi ibu yang selama ni bersusah payah kerja cari duit bagi aku ni sekolah . Hari-hari bagi duit belanja . Masak pagi-pagi sebelum ibu pergi kerja . So aku taknak laa ibu sedih walaupun aku tahu ibu tak tunjuk rasa sedih dia . Ibu mana yang tak gembirakan kalau anak-anak dia mencapai sesuatu kejayaan . Bukan setakat ibu jee tapi ayah jugak . Aku nak buktikan kat ayah walaupun aku tak duduk dengan ayah tapi aku still boleh berjaya jugak .
* Goodluck untuk result SPm yang bakal keluar tak lama lagi . Harap-harap result korang bagus-bagus .